Monday, August 31, 2015

Siapa itu Bangsa Malaysia?

Berkunjung ke gerai mamak pada masa lapang
Makan roti canai, minum teh tarik,
Masa pulang beli Ramli Burger
Gerai Cina ada orang India
Gerai mamak Kepong penuh dengan orang Cina
Semasa melalui tol semua orang Melayu berservis
Tandas universiti dikemas oleh orang Melayu
Pegawai keselamatan semua kenalan Melayu

Bahasa kesat orang Cina dan orang Melayu adalah sama
Saya bertutur kantonis dengan orang India
Kami suka membeli makan di pasar Ramadhan
Ada bencana dipanggil wanita Melayu untuk membantu
Kita bercuti pada hari perayaan semua kaum
Orang Melayu bekerja pada Tahun Baru Cina
Saya bekerja sambilan untuk kawan Melayu pada Hari Raya Aidilfitri
Kawan India mengajar teknik saya memasarkan penyedut habuk
Saya membeli surat khabar daripada orang Melayu tiap-tiap malam

Kita saling menyayangi berpuluh-puluh tahun,
Saling menghormati budaya, Saling berhidupan bersama

Dalam buku teks sekolah rendah,
negara kita terdiri daripada pelbagai kaum
hampir tiada negara majmuk yang harmoni seperti kita

Saya pernah berjejak kaki di 13 buah negeri di Malaysia
Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Timur Barat
Bumiputra di pedalaman Sarawak bertutur pelbagai bahasa di sekolah Cina
Keharmonian ditunjukkan di Malaysia Timur 
Di mana-mana jua di Malaysia
terbukti betapa indahnya Malaysia yang berunsur majmuk

Perarakan pada tahun-tahun yang lepas
Tidak akan lupa siapa berdiri di hadapan kami (Orang Cina)
"Biar Cina di belakang, mereka tiada pengalaman, kami melindungi mereka!"

Kita menyayangi setiap kaum di negara ini
kata orang Melayu malas
kata orang India pengganas
Tak kan orang Cina tidak tamak dan mementingkan diri sendiri?

Bukan warna kulit

Kita anak Malaysia,
sekurang-kurangnya ini kebanggaan kita.

Saya masih berkunjung ke gerai mamak, masih membeli surat khabar 
Saya percaya mereka sebagai kawan saya.

Yang jahat bukan kerana warna kulit....

Dipetik daripada 杰尔索小发 Gezo (FaceBook)

Tuesday, August 18, 2015

Guru Oh Guru - versi mengajar

Guru oh guru, Apabila negara untung, anda masih mengajar. Apabila negara berkecoh, anda masih mengajar. Apabila bergempa bumi, anda juga masih mengajar. Apabila murid merosot, anda tidak tahu mengajar. Apabila pegawai ada program baharu, anda perlu mengakses internet sampai larut, pada akhirnya anda mengajar jua. Apabila Hari Kantin, Hari Sukan, anda bermandi peluh, pada akhirnya anda mengajar jua. Jet peribadi baharu, berlian berjuta ringgit, berkahwin berbilion ringgit, akaun peribadi RM2.6billion, anda juga masih mengajar di dalam kelas.

Sunday, August 9, 2015

Satu pengalaman yang dahsyat dengan pengambilan pengangkutan awam di Pulau Pinang

Minggu ini saya berbesar hati kerana dapat menaiki ETS yang baharu untuk balik kampung pada mulanya. Langkah kirinya saya mengalami sesuatu yang tidak dapat saya maafkan sendiri. Dari Paya Terubong untuk sampai di Stesen Kereta Api yang terletak di Butterworth memakan masa 2 jam. Kalau saya memandu kereta dan memparkirnya di Stesen Kereta Api, saya menjangka bahawa akan menggunakan sejam untuk berbuat demikian.

Saya mengesyorkan pihak-pihak tertentu supaya memperbaik sistem pengangkutan di Pulau Pinang yang semakin mengerikan. Bukan disebabkan oleh sikap pemandu, tetapi pembinaan sistem pengangkutan awam yang menjadi punca kesesakan jalan raya di sini. LRT atau Monorel adalah mustahak kepada para penduduk walhal para pelancong. Perkhidmatan feri juga perlu diperbaik di mana saya telah menunggunya di terminal selama 45 minit untuk menaiki feri yang telah menjadi lambang Pulau Pinang.

Pembaziran wang telah saya alami, RM25 untuk yuran teksi, RM23 untuk harga ETS. Penang Sentral yang tidak berkolaborasi juga membuang banyak masa untuk kita.

Monday, August 3, 2015

Cuti Banjir =/= Hari Persekolahan

(a) Apakah itu tidak mengganggu sistem persekolahan di negara kita bagi tahun 2015, termasuk bilangan hari persekolahan seperti yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 190 hari setahun?! 

(b) Tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masayarakat?! Saya amat keliru pada masa ini!

Sila rujuk ke gambar di bawah pula?!


Kesimpulannya, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KPPM adalah sangat keliru. Cuti Banjir itu telah mengganggu sistem pendidikan di Malaysia di mana kita perlu mencari hari Sabtu untuk menggantikan Cuti Banjir tersebut. Tidak banyak, hanya 5 hari saje...

Sunday, July 12, 2015

Majulah Malaysia


"Majulah Malaysia"
Oleh Lee Chian Jau

Hari 12 Julai Tahun 2015

Melalui insiden yang menyedihkan
Pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku di ibu kota
Menjana isu perpaduan di negara kita

Kita Anak Malaysia
Saling berganding bahu berpegang tangan
Bagai aur dengan tebing dalam insiden yang lalu
Terbukti di mata bukan di telinga

Majulah Malaysia yang kian membangun
Majulah Malaysia yang penuh harapan

Wednesday, July 8, 2015

一个全新的工作环境,同时完全不同的工作伙伴

小弟有幸在5月22日收到教育局的委任状,被调职到飞机场小学。本来就是心情交错,在叶子小学我所面对的老师都是一群非常棒的工作伙伴,我只需要把工作表或工作范围贴上,工作就会自然完成,根本不用我操心。这一点就是我不舍叶子小学,可是想到宗教立场,我无奈选择离开。

新的环境优美,可是我最担心、最忧心的事情就爆发了。我看得到为啥这里的成绩会比较逊色,看得到不同的工作伙伴。斤斤计较的教育从业者,使我无法适从。叶子学校的老师的确让我看到事物大小都从不计较,不说工作量,工作时间,可能在您面前埋怨一两句,可是最后的成效是刮目相看的!

真正工作不到4周的学校,我所看到的事物是我无法想象的。本人曾经在3所校园执教过,从来没有遇过,今天遇到了。。