Berkunjung ke gerai mamak pada masa lapang
Makan roti canai, minum teh tarik,
Masa pulang beli Ramli Burger
Gerai Cina ada orang India
Gerai mamak Kepong penuh dengan orang Cina
Semasa melalui tol semua orang Melayu berservis
Tandas universiti dikemas oleh orang Melayu
Pegawai keselamatan semua kenalan Melayu
Bahasa kesat orang Cina dan orang Melayu adalah sama
Saya bertutur kantonis dengan orang India
Kami suka membeli makan di pasar Ramadhan
Ada bencana dipanggil wanita Melayu untuk membantu
Kita bercuti pada hari perayaan semua kaum
Orang Melayu bekerja pada Tahun Baru Cina
Saya bekerja sambilan untuk kawan Melayu pada Hari Raya Aidilfitri
Kawan India mengajar teknik saya memasarkan penyedut habuk
Saya membeli surat khabar daripada orang Melayu tiap-tiap malam
Kita saling menyayangi berpuluh-puluh tahun,
Saling menghormati budaya, Saling berhidupan bersama
Dalam buku teks sekolah rendah,
negara kita terdiri daripada pelbagai kaum
hampir tiada negara majmuk yang harmoni seperti kita
Saya pernah berjejak kaki di 13 buah negeri di Malaysia
Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Timur Barat
Bumiputra di pedalaman Sarawak bertutur pelbagai bahasa di sekolah Cina
Keharmonian ditunjukkan di Malaysia Timur
Di mana-mana jua di Malaysia
terbukti betapa indahnya Malaysia yang berunsur majmuk
Perarakan pada tahun-tahun yang lepas
Tidak akan lupa siapa berdiri di hadapan kami (Orang Cina)
"Biar Cina di belakang, mereka tiada pengalaman, kami melindungi mereka!"
Kita menyayangi setiap kaum di negara ini
kata orang Melayu malas
kata orang India pengganas
Tak kan orang Cina tidak tamak dan mementingkan diri sendiri?
Bukan warna kulit
Kita anak Malaysia,
sekurang-kurangnya ini kebanggaan kita.
Saya masih berkunjung ke gerai mamak, masih membeli surat khabar
Saya percaya mereka sebagai kawan saya.
Yang jahat bukan kerana warna kulit....
Dipetik daripada 杰尔索小发 Gezo (FaceBook)
No comments:
Post a Comment