Pada hari
minggu yang lalu, kami telah menyertai aktiviti gotong-royong untuk
membersihkan kawasan tepi pantai. Cikgu Voon telah memberikan taklimat
keselamatan kepada kami di destinasi.
Kemudian, kami pun memulakan
kerja di tepi pantai. Tiba-tiba, kelihatan Chong Meng berlari ke arah Cikgu
Voon. Dia melaporkan bahawa dia menjumpai landuk laut yang hidup terdampar di
tepi pantai. Kami turut berlari ke arah Cikgu Voon dengan segera untuk
menyelamatkan diri.
Cikgu Voon mengambil landuk laut
itu dengan penyepit plastik. Dia membuang landuk laut itu ke dalam beg plastik
hitam yang besar. Cikgu Voon turut memakai sarung tangan kerana takut tersentuh
landuk laut itu.
Selepas itu, kami kembali
melakukan tugas yang terhenti. Kami dapat melakukan tugas dengan tenang kerana
sudah selamat daripada landuk hitam. Ada yang mengutip sampah yang terdapat di
tepi pantai manakala ada juga yang mengorek sampah yang tertimbun di dalam
pasir.
Setelah beberapa jam, kawasan
tepi pantai pun kelihatan ceria. Kami pun pulang ke rumah masing-masing dengan
besar hati.
No comments:
Post a Comment