Masyarakat
Malaysia_ merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada _Kaum Melayu_, _Kaum Cina_ dan _Kaum
India__. Pakaian tradisional __Kaum Melayu___ ialah _Baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya_. __Samfu_ dan _ceongsam__ pula merupakan pakaian tradisional _Kaum Cina_. Pakaian tradisional _Kaum
India_ terdiri daripada _dhorti_ dan _sari__. Setiap kaum di Malaysia memakai pakaian tradisional menjelang hari perayaan masing-masing. Walaupun kami berbeza kaum, namun kami hidup bersatu padu.
Monday, May 2, 2016
Penulisan Bahagian A UPSR
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar di bawah.
1. - bersanding - pelamin
2. - mengipas - menyelesakan
3. - menangkap gambar - kamera digital
4. - menabur daun sirih - tapak tangan
5. - menyaksikan upacara persandingan - khusyuk
Monday, April 25, 2016
Catatan - Gotong-royong di sekolah
Sekolah
kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Tulis sebuah catatan tentang
aktiviti gotong-royong tersebut.
Rabu, 20 April 2016
7.30 pagi
- tiba di sekolah seperti biasa
-memasuki kelas – mengambil kehadiran
7.45 pagi
- berkumpul di dewan
- memberikan taklimat ringkas
- diagihkan tugas mengikut beberapa kumpulan
8.00 pagi
- ditugaskan untuk menyapu dedaun kering di
halaman sekolah
- memasukkan dedaun kering – disapu – beg plastik
hitam yang besar
- mengikatnya – memunggahnya – tong sampah yang
besar
10.30 pagi
- membantu rakan sekelas – mengemop lantai
- pula mengangkat air dengan baldi – tandas
- kelihatan bersih – ceria
11.30 pagi
- menjamu selera – kantin
- mengucapkan terima kasih – yang bekerja keras
– membersihkan kawasan sekolah
- menyampaikan sijil penghargaan – semua ketua
kelas
12.00 tengah hari
- pulang – rumah masing-masing
- berasa amat besar hati – dapat bekerjsama
untuk melakukan sesuatu untuk sekolah tersayang
Monday, April 18, 2016
Latihan Kata Adjektif
Sila emelkan jawapan anda ke gfrlee83@gmail.com selepas kamu selesai menjawabnya.
Latihan Kata Adjektif 1
1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
A. gelap B. nyaman C. hening D. bising
2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
A. segan B. benci C. marah D. kecewa
3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk
belajar.
A. lupa B. malu C. jarang D. sering
4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
A. tegang B. teguh C. tegap D. tegar
5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
A.tinggi B. panjang C. pendek D. rendah
6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .
A. kelat B. pedas C. pedas D. payau
7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
A. rendah B. singkat C. tinggi D. sempit
8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
A. ragu B. marah C. dendam D. bimbang
9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.
A. marah B. gembira C. bimbang D. gementar
10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
A. kuat B. rakus C. senyap D. perlahan
1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
A. gelap B. nyaman C. hening D. bising
2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
A. segan B. benci C. marah D. kecewa
3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk
belajar.
A. lupa B. malu C. jarang D. sering
4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
A. tegang B. teguh C. tegap D. tegar
5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
A.tinggi B. panjang C. pendek D. rendah
6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .
A. kelat B. pedas C. pedas D. payau
7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
A. rendah B. singkat C. tinggi D. sempit
8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
A. ragu B. marah C. dendam D. bimbang
9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.
A. marah B. gembira C. bimbang D. gementar
10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
A. kuat B. rakus C. senyap D. perlahan
Monday, August 31, 2015
Siapa itu Bangsa Malaysia?
Berkunjung ke gerai mamak pada masa lapang
Makan roti canai, minum teh tarik,
Masa pulang beli Ramli Burger
Gerai Cina ada orang India
Gerai mamak Kepong penuh dengan orang Cina
Semasa melalui tol semua orang Melayu berservis
Tandas universiti dikemas oleh orang Melayu
Pegawai keselamatan semua kenalan Melayu
Bahasa kesat orang Cina dan orang Melayu adalah sama
Saya bertutur kantonis dengan orang India
Kami suka membeli makan di pasar Ramadhan
Ada bencana dipanggil wanita Melayu untuk membantu
Kita bercuti pada hari perayaan semua kaum
Orang Melayu bekerja pada Tahun Baru Cina
Saya bekerja sambilan untuk kawan Melayu pada Hari Raya Aidilfitri
Kawan India mengajar teknik saya memasarkan penyedut habuk
Saya membeli surat khabar daripada orang Melayu tiap-tiap malam
Kita saling menyayangi berpuluh-puluh tahun,
Saling menghormati budaya, Saling berhidupan bersama
Dalam buku teks sekolah rendah,
negara kita terdiri daripada pelbagai kaum
hampir tiada negara majmuk yang harmoni seperti kita
Saya pernah berjejak kaki di 13 buah negeri di Malaysia
Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Timur Barat
Bumiputra di pedalaman Sarawak bertutur pelbagai bahasa di sekolah Cina
Keharmonian ditunjukkan di Malaysia Timur
Di mana-mana jua di Malaysia
terbukti betapa indahnya Malaysia yang berunsur majmuk
Perarakan pada tahun-tahun yang lepas
Tidak akan lupa siapa berdiri di hadapan kami (Orang Cina)
"Biar Cina di belakang, mereka tiada pengalaman, kami melindungi mereka!"
Kita menyayangi setiap kaum di negara ini
kata orang Melayu malas
kata orang India pengganas
Tak kan orang Cina tidak tamak dan mementingkan diri sendiri?
Bukan warna kulit
Kita anak Malaysia,
sekurang-kurangnya ini kebanggaan kita.
Saya masih berkunjung ke gerai mamak, masih membeli surat khabar
Saya percaya mereka sebagai kawan saya.
Yang jahat bukan kerana warna kulit....
Dipetik daripada 杰尔索小发 Gezo (FaceBook)
Tuesday, August 18, 2015
Guru Oh Guru - versi mengajar
Guru oh guru,
Apabila negara untung, anda masih mengajar.
Apabila negara berkecoh, anda masih mengajar.
Apabila bergempa bumi, anda juga masih mengajar.
Apabila murid merosot, anda tidak tahu mengajar.
Apabila pegawai ada program baharu, anda perlu mengakses internet sampai larut, pada akhirnya anda mengajar jua.
Apabila Hari Kantin, Hari Sukan, anda bermandi peluh, pada akhirnya anda mengajar jua.
Jet peribadi baharu, berlian berjuta ringgit, berkahwin berbilion ringgit, akaun peribadi RM2.6billion, anda juga masih mengajar di dalam kelas.
Sunday, August 9, 2015
Satu pengalaman yang dahsyat dengan pengambilan pengangkutan awam di Pulau Pinang
Minggu ini saya berbesar hati kerana dapat menaiki ETS yang baharu untuk balik kampung pada mulanya. Langkah kirinya saya mengalami sesuatu yang tidak dapat saya maafkan sendiri. Dari Paya Terubong untuk sampai di Stesen Kereta Api yang terletak di Butterworth memakan masa 2 jam. Kalau saya memandu kereta dan memparkirnya di Stesen Kereta Api, saya menjangka bahawa akan menggunakan sejam untuk berbuat demikian.
Saya mengesyorkan pihak-pihak tertentu supaya memperbaik sistem pengangkutan di Pulau Pinang yang semakin mengerikan. Bukan disebabkan oleh sikap pemandu, tetapi pembinaan sistem pengangkutan awam yang menjadi punca kesesakan jalan raya di sini. LRT atau Monorel adalah mustahak kepada para penduduk walhal para pelancong. Perkhidmatan feri juga perlu diperbaik di mana saya telah menunggunya di terminal selama 45 minit untuk menaiki feri yang telah menjadi lambang Pulau Pinang.
Pembaziran wang telah saya alami, RM25 untuk yuran teksi, RM23 untuk harga ETS. Penang Sentral yang tidak berkolaborasi juga membuang banyak masa untuk kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
