Friday, May 22, 2009

Sekali lagi yang menghampakan rakyat

Rakyat telah mengalami dilema tentang apa kekecohan yang telah berlaku di negeri Perak baru-baru ini. Selepas persidangan DUN Perak yang dikatakan haram setelah Dato' Seri Mohammad Nizar diiktiraf sebagai Menteri Besar yang sah oleh hakim Abdul Aziz, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kami rakyat negeri Perak telah mengalami mimpi yang menakutkan. Siapakah MB yang sah? Siapakah yang sepatutnya menjalani tugas MB di negeri Perak? 19 jam bagi Mohd. Nizar yang menjalani tugas MB telah disekat oleh Mahkamah Rayuan hanya dalam waktu yang singkat.

Rakyat telah dihampakan oleh apa yang dimainkan oleh sesuatu parti politik. Kita telah menjadi keliru terhadap politik dan kehakiman di negara kita. Adakah sidang kehakiman boleh menjejaskan pelaksanaan politik di negara kita?

Sekarang yang apa kita harapkan ialah pembubaran DUN Perak oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Syah. Daripada Tuhan yang disanjung, sila bagi peluang untuk rakyat memilih kerajaan kita sendiri!

No comments: