Sunday, August 9, 2015

Satu pengalaman yang dahsyat dengan pengambilan pengangkutan awam di Pulau Pinang

Minggu ini saya berbesar hati kerana dapat menaiki ETS yang baharu untuk balik kampung pada mulanya. Langkah kirinya saya mengalami sesuatu yang tidak dapat saya maafkan sendiri. Dari Paya Terubong untuk sampai di Stesen Kereta Api yang terletak di Butterworth memakan masa 2 jam. Kalau saya memandu kereta dan memparkirnya di Stesen Kereta Api, saya menjangka bahawa akan menggunakan sejam untuk berbuat demikian.

Saya mengesyorkan pihak-pihak tertentu supaya memperbaik sistem pengangkutan di Pulau Pinang yang semakin mengerikan. Bukan disebabkan oleh sikap pemandu, tetapi pembinaan sistem pengangkutan awam yang menjadi punca kesesakan jalan raya di sini. LRT atau Monorel adalah mustahak kepada para penduduk walhal para pelancong. Perkhidmatan feri juga perlu diperbaik di mana saya telah menunggunya di terminal selama 45 minit untuk menaiki feri yang telah menjadi lambang Pulau Pinang.

Pembaziran wang telah saya alami, RM25 untuk yuran teksi, RM23 untuk harga ETS. Penang Sentral yang tidak berkolaborasi juga membuang banyak masa untuk kita.

No comments: