Monday, June 13, 2016

Gotong-royong di tepi pantai bertemakan Awasi Haiwan Berbisa

Pada hari minggu yang lalu, kami telah menyertai aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan tepi pantai. Cikgu Voon telah memberikan taklimat keselamatan kepada kami di destinasi.

                Kemudian, kami pun memulakan kerja di tepi pantai. Tiba-tiba, kelihatan Chong Meng berlari ke arah Cikgu Voon. Dia melaporkan bahawa dia menjumpai landuk laut yang hidup terdampar di tepi pantai. Kami turut berlari ke arah Cikgu Voon dengan segera untuk menyelamatkan diri.

                Cikgu Voon mengambil landuk laut itu dengan penyepit plastik. Dia membuang landuk laut itu ke dalam beg plastik hitam yang besar. Cikgu Voon turut memakai sarung tangan kerana takut tersentuh landuk laut itu.

                Selepas itu, kami kembali melakukan tugas yang terhenti. Kami dapat melakukan tugas dengan tenang kerana sudah selamat daripada landuk hitam. Ada yang mengutip sampah yang terdapat di tepi pantai manakala ada juga yang mengorek sampah yang tertimbun di dalam pasir.


                Setelah beberapa jam, kawasan tepi pantai pun kelihatan ceria. Kami pun pulang ke rumah masing-masing dengan besar hati. 

Monday, May 2, 2016

masyarakat malaysia dan pakaian tradisional

Masyarakat  Malaysia_ merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada _Kaum Melayu_, _Kaum Cina_ dan _Kaum India__. Pakaian tradisional __Kaum Melayu___ ialah _Baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya_. __Samfu_ dan _ceongsam__ pula merupakan pakaian tradisional _Kaum Cina_. Pakaian tradisional _Kaum India_ terdiri daripada _dhorti_ dan _sari__.  Setiap kaum di Malaysia memakai pakaian tradisional menjelang hari perayaan masing-masing. Walaupun kami berbeza kaum, namun kami hidup bersatu padu.

Penulisan Bahagian A UPSR

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar di bawah.

1. - bersanding - pelamin
2. - mengipas - menyelesakan 
3. - menangkap gambar - kamera digital
4. - menabur daun sirih - tapak tangan
5. - menyaksikan upacara persandingan - khusyuk

Monday, April 25, 2016

Catatan - Gotong-royong di sekolah

Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Tulis sebuah catatan tentang aktiviti gotong-royong tersebut.

­Rabu, 20 April 2016
7.30 pagi
- tiba di sekolah seperti biasa
-memasuki kelas – mengambil kehadiran

7.45 pagi
- berkumpul di dewan
- memberikan taklimat ringkas
- diagihkan tugas mengikut beberapa kumpulan

8.00 pagi
- ditugaskan untuk menyapu dedaun kering di halaman sekolah
- memasukkan dedaun kering – disapu – beg plastik hitam yang besar
- mengikatnya – memunggahnya – tong sampah yang besar

10.30 pagi
- membantu rakan sekelas – mengemop lantai
- pula mengangkat air dengan baldi – tandas
- kelihatan bersih – ceria

11.30 pagi
- menjamu selera – kantin
- mengucapkan terima kasih – yang bekerja keras – membersihkan kawasan sekolah
- menyampaikan sijil penghargaan – semua ketua kelas

12.00 tengah hari
- pulang – rumah masing-masing
- berasa amat besar hati – dapat bekerjsama untuk melakukan sesuatu untuk sekolah tersayang

Monday, April 18, 2016

Latihan Kata Adjektif

Sila emelkan jawapan anda ke gfrlee83@gmail.com selepas kamu selesai menjawabnya.

Latihan Kata Adjektif  1

1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
    A. gelap          B. nyaman          C. hening          D. bising

2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
    A. segan          B. benci          C. marah          D. kecewa

3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk
    belajar.
    A. lupa          B. malu          C. jarang          D. sering

4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
    A. tegang          B. teguh          C. tegap          D. tegar

5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
    A.tinggi          B. panjang          C. pendek           D. rendah

6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .
    A. kelat         B. pedas          C. pedas          D. payau

7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
    A. rendah          B. singkat          C. tinggi          D. sempit

8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
    A. ragu          B. marah          C. dendam          D. bimbang

9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.
    A. marah          B. gembira         C. bimbang          D. gementar

10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
      A. kuat          B. rakus          C. senyap          D. perlahan

Monday, August 31, 2015

Siapa itu Bangsa Malaysia?

Berkunjung ke gerai mamak pada masa lapang
Makan roti canai, minum teh tarik,
Masa pulang beli Ramli Burger
Gerai Cina ada orang India
Gerai mamak Kepong penuh dengan orang Cina
Semasa melalui tol semua orang Melayu berservis
Tandas universiti dikemas oleh orang Melayu
Pegawai keselamatan semua kenalan Melayu

Bahasa kesat orang Cina dan orang Melayu adalah sama
Saya bertutur kantonis dengan orang India
Kami suka membeli makan di pasar Ramadhan
Ada bencana dipanggil wanita Melayu untuk membantu
Kita bercuti pada hari perayaan semua kaum
Orang Melayu bekerja pada Tahun Baru Cina
Saya bekerja sambilan untuk kawan Melayu pada Hari Raya Aidilfitri
Kawan India mengajar teknik saya memasarkan penyedut habuk
Saya membeli surat khabar daripada orang Melayu tiap-tiap malam

Kita saling menyayangi berpuluh-puluh tahun,
Saling menghormati budaya, Saling berhidupan bersama

Dalam buku teks sekolah rendah,
negara kita terdiri daripada pelbagai kaum
hampir tiada negara majmuk yang harmoni seperti kita

Saya pernah berjejak kaki di 13 buah negeri di Malaysia
Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Timur Barat
Bumiputra di pedalaman Sarawak bertutur pelbagai bahasa di sekolah Cina
Keharmonian ditunjukkan di Malaysia Timur 
Di mana-mana jua di Malaysia
terbukti betapa indahnya Malaysia yang berunsur majmuk

Perarakan pada tahun-tahun yang lepas
Tidak akan lupa siapa berdiri di hadapan kami (Orang Cina)
"Biar Cina di belakang, mereka tiada pengalaman, kami melindungi mereka!"

Kita menyayangi setiap kaum di negara ini
kata orang Melayu malas
kata orang India pengganas
Tak kan orang Cina tidak tamak dan mementingkan diri sendiri?

Bukan warna kulit

Kita anak Malaysia,
sekurang-kurangnya ini kebanggaan kita.

Saya masih berkunjung ke gerai mamak, masih membeli surat khabar 
Saya percaya mereka sebagai kawan saya.

Yang jahat bukan kerana warna kulit....

Dipetik daripada 杰尔索小发 Gezo (FaceBook)

Tuesday, August 18, 2015

Guru Oh Guru - versi mengajar

Guru oh guru, Apabila negara untung, anda masih mengajar. Apabila negara berkecoh, anda masih mengajar. Apabila bergempa bumi, anda juga masih mengajar. Apabila murid merosot, anda tidak tahu mengajar. Apabila pegawai ada program baharu, anda perlu mengakses internet sampai larut, pada akhirnya anda mengajar jua. Apabila Hari Kantin, Hari Sukan, anda bermandi peluh, pada akhirnya anda mengajar jua. Jet peribadi baharu, berlian berjuta ringgit, berkahwin berbilion ringgit, akaun peribadi RM2.6billion, anda juga masih mengajar di dalam kelas.