Monday, June 13, 2016

Gotong-royong di tepi pantai bertemakan Awasi Haiwan Berbisa

Pada hari minggu yang lalu, kami telah menyertai aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan tepi pantai. Cikgu Voon telah memberikan taklimat keselamatan kepada kami di destinasi.

                Kemudian, kami pun memulakan kerja di tepi pantai. Tiba-tiba, kelihatan Chong Meng berlari ke arah Cikgu Voon. Dia melaporkan bahawa dia menjumpai landuk laut yang hidup terdampar di tepi pantai. Kami turut berlari ke arah Cikgu Voon dengan segera untuk menyelamatkan diri.

                Cikgu Voon mengambil landuk laut itu dengan penyepit plastik. Dia membuang landuk laut itu ke dalam beg plastik hitam yang besar. Cikgu Voon turut memakai sarung tangan kerana takut tersentuh landuk laut itu.

                Selepas itu, kami kembali melakukan tugas yang terhenti. Kami dapat melakukan tugas dengan tenang kerana sudah selamat daripada landuk hitam. Ada yang mengutip sampah yang terdapat di tepi pantai manakala ada juga yang mengorek sampah yang tertimbun di dalam pasir.


                Setelah beberapa jam, kawasan tepi pantai pun kelihatan ceria. Kami pun pulang ke rumah masing-masing dengan besar hati. 

No comments: