Friday, April 30, 2010

Alangkah malangnya aku dalam kerjaya

Pada tahun 2001, aku ditempatkan di Pulau Pinang untuk memulakan kerjayaku. Aku ditempatkan di sebuah sekolah yang terletak di Air Itam. Aku bermula bekerja di sana dengan mengajarkan Bahasa Inggeris. Pada bulan kelapan, aku diarahkan untuk mengajarkan Sains kerana Penolong Kanan (HEM) akan ditukarkan ke sekolah lain. Di samping itu, aku ditugaskan oleh Guru Besar pada ketika itu untuk menjalankan tugas Penolong Kanan (HEM) bersama-sama dua orang rakan seperjuangan. Tugasku dijalankan dengan lancar sehingga ketempatan Penolong Kanan (HEM) yang baharu ke sekolahku itu.

Pada mulanya, aku tidak sedar akan kelemahanku dikritik oleh orang lain yang dikatakan rakan seperjuangan tetapi dialah menurunkan imejku pada pihak pentadbiran. Pada tahun kehadapan, aku ditugaskan untuk mengajarkan Bahasa Cina, Matematik dan Sains Tahun 4 sahaja. Aku berasa hairan atas sebab aku hanya ditugaskan untuk mengajar murid-murid Tahun 4. Selepas aku menemui faktor, barulah aku sedar akan orang yang dikatakan seperjuangan itu mengkritikku depan pihak pentadbiran.

Tahun-bertahun, aku telah ditransformasikan untuk mengajarkan Bahasa Malaysia. Mula-mula, aku tidak diberikan peluang untuk mengajarkan kelas UPSR. Pada akhirnya, aku telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid Tahun 6 pada tahun 2008. Murid-muridku mencapai keputusan yang cemerlang pada ketika itu merupakan faktor utama aku perlu memegang 2 kelas Bahasa Malaysia Tahun 6 dan 2 kelas Sains Tahun 6 pada tahun 2009. Kerunsinganku bermula kerana aku tidak boleh menahan tekanan yang amat besar daripada pihak sekolah.

Kerja-kerjaku dijalankan dengan sempurna. Aku menjawat Setiausaha Sukan Sekolah, Ketua Pentaksir Sekolah bagi PLBS Bahasa Malaysia, Penyelaras PPSMI dan juga jurulatih olahraga. Tetapi aku tidak diberikan pengiktirafan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) malahan prestasiku hanya mencapai tahap B sepanjang masa di sekolah itu. Alangkah sedihnya aku telah banyak berkhidmat untuk sekolah ini tetapi aku hanya dapat Tahap B.

Aku berhajat memohon untuk menjadi seorang Penolong Kanan di sekolah lain. Akhirnya, aku baru tahu aku tidak berlayak untuk menjadi seorang penolong kanan tetapi kawan-kawanku di maktab telah dilantik sebagai Penolong Kanan (HEM) dan Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Apatah lagi aku dapat menggambarkan perasaanku, alangkah malangnya aku dalam kerjaya pada 6 tahun yang lalu. Aku berjanji akan berjuang untuk menjadi seorang Penolong Kanan pada suatu hari ketika nanti.

1 comment:

Al'ven said...

ermm... dd malay worst...
duno want to reply wat ><